Selepas berhenti kerja sebagai guru sekolah pada hujung tahun 2019, akhirnya pada tahun 2023 inilah baru saya berjumpa dengan karier yang sebenarnya iaitu sebagai konsultan dan pengurus bebas. Dan pada hari ini (16/11/2023) saya rasa sangat lega setelah menyiapkan katalog untuk perkhidmatan yang saya tawarkan. Barulah yakin sikit nak mencari klien hehe. Nak post apa-apa dekat page NIA Consulting & Management Services tu pon dah senang.

Jika nak dikira, saya ambil masa 3 tahun dan 3 bulan juga sejak tarikh berhenti kerja (31/12/2019) sehingga saya dapat jumpa ‘jalan’ yang betul. Semuanya bermula selepas saya sekali lagi belajar metafizik (secara tidak sengajanya) pada bulan April tahun ini. Apabila belajar metafizik semula tu, barulah saya faham kenapa setiap apa yang saya buat selama 3 tahun dan 3 bulan kurang menjadi.

Kenapa? Sebab saya tidak menggunakan potensi dan bakat yang saya ada dengan betul.

Sebenarnya perancangan saya selepas berhenti kerja cikgu ialah untuk membangunkan sebuah akademi seni dan media. Tapi saya memang tidak sesuai untuk menjadi seorang pengasas, apalagi mengetuai sebuah organisasi (oh saya tahu mengenai ini melalui metafizik tu la). Jadi tidak hairan la kalau akademi itu tidak berjaya. Akhirnya saya menghentikan operasi akademi pada Nov 2022 setelah 2 tahun dan 10 bulan.

Selepas itu saya mulakan pula agensi bakat menggunakan nama BIG DREAM TALENT (BDT) pada 3 Nov 2022. Dan sekali lagi, disebabkan saya tidak sesuai menjadi seorang pengasas dan juga bekerja di dalam kumpulan, jadi apa yang saya buat untuk BDT juga kurang menjadi.

Sehinggalah saya belajar metafizik pada bulan April 2023 dan pada ketika itu barulah saya faham kelebihan dan kelemahan saya. Jadi pada Mei 2023, saya telah menaiktaraf BDT di mana saya menguruskan artis-artis BDT hanya sebagai konsultan potensi dan pengurus bakat bebas saja.

Maksudnya dari bulan Mei itulah sikit-sikit saya menawarkan khidmat saya kepada sesiapa saja. Fikir balik, i was really all over the place hahaha. Tapi sekurang-kurangnya apa yang saya buat sebagai konsultan dan pengurus bakat mendatangkan hasil juga.

Dipendekkan cerita pada 3 Nov 2023, saya mengubah BDT daripada entiti bisnes kepada komuniti dengan nama baru, ‘KOMUNITI BIG DREAM TALENT’ dan pada hari yang sama juga, saya buka page fb, NIA CONSULTING & MANAGEMENT SERVICES.

Konsultansi dan pengurusan ialah perkara yang saya paling suka untuk buat dan saya percaya inilah kerja yang saya boleh buat dengan baik.

Jadi hari ni saya dah selesai dengan katalog perkhidmatan, seterusnya boleh la saya fokus untuk mencari klien dan yang penting, saya akan tunjukkan kepakaran saya dalam menguruskan orang dalam pelbagai kumpulan.

Alhamdulillah, tahun 2023 adalah tahun yang sangat baik untuk saya. Saya akan buat yang terbaik untuk bangkit semula. Ganbarimasu (berusaha) !!

Leave a comment

Trending

Design a site like this with WordPress.com
Get started